Sunday, February 1, 2009

Cemar

"Kelark, mai sini angkut pick up ni jap, aku nak tukau minyak itam" jerit Jonathan Kent kepada aku yang tengah dok layan kepala sambil dengar ipod.

aku pun pergi ke tempat Jonathan Kent dan pick up traknye. Dengan satu tangan aku angkat pick up trak melepasi paras kepala.

"Reti ke abah buat semua ni?" tanya aku

"Senang jek ni kelark." jawap si Jonathan Kent

Tak sampai seminit Jonathan menjerit macam hilang bini; padahal Martha Kent ada dalam rumah memasak.

"Why abah.. why?" aku bertanya.

"Sialan betol lah kelark. Aku lupa lak caranya." Jonathan Kent terus beredar dari bawah pick up trak dengan muka di selaputi minyak hitam. Aku cuma sekadar tersenyum ayu.. kalau aku gelak kang menderhaka lak namanya ye tak?

"takpe lah kelark, aku call raju tow aje pick up trak ni ke bengkel hasan." kata Jonathan Kent kehampaan kerana gagal menunjukkan kehebatan dia menukar minyak itam depan aku.

"Kelark!!!"

tetiba suara pompuan menjerit ke arah aku. aku toleh ke luar pagar rumah, Lana rupanya.

"Pehal?" aku pulak jerit kat dia

"Aku nak tiru kerja math kau lah.. boleh laa ye" jerit lana lagi di luar pagar

"Kau memang sengal lah; aku mana pernah lulus subjek math"

"lor.. aku lupa lak. Takpe lah aku try tiru dari senah jek"

Lana berlalu pergi. Aku sebenarnya malas nak masuk dalam amik buku math tu.. serius aku malas. Aku kalau malas, aku akan bebetul malas.

" Kelark!!! jangan lupa bersihkan minyak itam kat laman tu" jerit Jonathan Kent

Sengal lah.. aku tengah malas.

Saturday, January 24, 2009

Confusion and frustation in modern time

aisey, tajuk aku macam bagus jek.

Bukan apa... aku akan menyumbangkan beberapa ratus ringgit kepada Yahudi bila aku upgrade PC aku nanti. INTEL atau AMD both american; so aku pilih intel lah; mungkin harga yang aku bayar tu akan masuk ke kantung yahudi... aiishh. Graphic card lagi, RAM, Hard Disk... and the list goes on. hampir 90% barangan komputer aje adalah dari kampeni US.

bukan aku tak nak boikot, tapi kalau aku boikot komputer aku akan ketinggalan zaman la bhai. Aku tertanya-tanya andai ada orang kypton yang memjual teknologi krypton di bumi ini. Kan bagus kan kan kan.

Okay aku nak makan McD, sape nak ikut? aku belanja. Mari sini datang semallville; naik bas Transnasional kat pudu raya... beli tiket ke selatan; cakap kat cik adik manis yang jual tiket tu

"saya nak tiket ke semallville nak balik cuti raya cina"

thehehehe...

Wednesday, January 21, 2009

Tanpa mu; soundtrack Kesah Orang Krypton minggu ni


Without You - Hinder
Aku cuma nak bersendirian malam ni
Aku cuma nak rehat aje
Sebab sejak dua menjak ni kita gadoh aje
Dan setiap kali itu lah aku makin terluka

[chorus]
Sebab sesuatu dah berubah
Perangai kau pulak makin pelik
Tak pasal pasal aku jugak yang kena
Lebih selamat ku katakan aku sedia melepaskan kau pergi

Tanpa mu, hidup ku aman sikit setiap hari
Tanpa mu, ku lihat diriku berlainan sekali
Aku tak mau percaya pada mulanya tapi ku berjaya akhirnye
Bila ku lihat kau berlalu pergi, tak ku sangka aku akan berkata
Aku aman tanpa mu

Ku telepon mu sebab dah lama sangat
Dan kau kata kau bertambah baik aje
Kita berdua bukan budak kecik lagi
Kita tak ditakdirkan untuk hidup bersama

[repeat chorus]

Wokay mulai minggu ni Kesah Orang Krypton akan ada satu lagu pilihan aku sendiri setiap minggu dan lirik akan aku tulis dalam bahasa melayu lah. Okay kita start ngan Hinder - Without You. Lagu ini berkumandang ketika aku sedang baring melayan perasaan malam semalam. Tak banyak benda pelik berlaku berlaku sepanjang dua hari lepas. Kehidupan macam biasa. Jonathan dan Martha Kent sibuk dengan urusan mereka manakala aku pulak sibuk dengan urusan aku.

Sunday, January 18, 2009

Kuasa x-ray mula muncul

"Kelark, apa hobi awak?"

"hmmm... main konter strike."

"Selain dari tu?"

"Kumpul setem"

Interbiu bersama senah berjalan lancar awalnye; hinggalah..

"Adakah anda layak di gelar sebagai pelajar kacak?"

"hmmm.. terserah pada para pengundi nanti" aku jawap sambil tersenyum malu

"Siapakah pelajar pompuan yang awak nak sangat ajak keluar dating?"

sampai soalan tu kepala aku tetiba pening, mata aku mula kepanasan.. aku memandang senah tajam.

"Senah, panties merah tu kau beli kat avon ek?" entah macam mana tetiba soalan tu terpancul keluar. Senah ku lihat muka merah.. tengah marah ke bengang aku pun tak tau.

Saat ini Martha kent masuk ke ruang tamu..

"Mak, beg duit hilang ke? napa selit duit lima puloh hinggit dalam coli?" sekali lagi soalan tak relevan terpacul keluar dari mulut aku.

"Kelark!!" jerit Martha Kent. Senah dan Martha Kent berpandangan sesama mereka kebingunan. Saat ini Jonathan Kent meluru masuk ke ruang tamu..

"Abah, sepender abah dah abis ke?" Soalan ketiga yang tak relevan pulak terpacul keluar.

Jonathan Kent muka merah. Aku kepala pening bagai nak pecah. Aku tutup mata ku rapat-rapat.

"Senah, kita sambung esok jek ye. Aku rasa tak sehat sangat ni" kata aku pada senah.

Muka senah masih merah dan di penuhi seribu pertanyaan. Dalam keadaan tersentak senah memberi salam dan berlalu pulang. Jonathan Kent dan Martha Kent mendekati aku.

"Kenapa ni nak?" tanya Martha Kent.

"Saya boleh nampak semua mak. saya boleh lihat menembusi semua objek" jawap aku.

"Macam mana boleh berlaku nak?" Tanya Jonathan Kent pulak

"Entah lah bah. tetiba saya rasa pening dan terus menda tu berlaku"

"Kau kena belajar kontrol power kau. Entah apa lagik kuasa kau ye?"

Martha Kent hulurkan aku ektipfive dua bijik. aku telan minum air.

"Awak, sepender awak ada dalam bakul kat dalam bilik, saya belum sempat lipat lagi" Kata Martha Kent kepada Jonathan Kent.

"Kau kelark, jangan salah guna lak kuasa x-ray kau tu. Mak cucuk kang mata kau ngan garpu"

Aku cuma menganggukkan aje kepala tanda setuju. Dalam hati aku amat teruja untuk menyalahgunakan kuasa x-ray aku ni. Aku tersenyum sendirian memikirkan bahawa aku tak perlu lagi mendownload video 3gp melayu di internet.