Showing posts with label Scene dalam rumah. Show all posts
Showing posts with label Scene dalam rumah. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

Kuasa x-ray mula muncul

"Kelark, apa hobi awak?"

"hmmm... main konter strike."

"Selain dari tu?"

"Kumpul setem"

Interbiu bersama senah berjalan lancar awalnye; hinggalah..

"Adakah anda layak di gelar sebagai pelajar kacak?"

"hmmm.. terserah pada para pengundi nanti" aku jawap sambil tersenyum malu

"Siapakah pelajar pompuan yang awak nak sangat ajak keluar dating?"

sampai soalan tu kepala aku tetiba pening, mata aku mula kepanasan.. aku memandang senah tajam.

"Senah, panties merah tu kau beli kat avon ek?" entah macam mana tetiba soalan tu terpancul keluar. Senah ku lihat muka merah.. tengah marah ke bengang aku pun tak tau.

Saat ini Martha kent masuk ke ruang tamu..

"Mak, beg duit hilang ke? napa selit duit lima puloh hinggit dalam coli?" sekali lagi soalan tak relevan terpacul keluar dari mulut aku.

"Kelark!!" jerit Martha Kent. Senah dan Martha Kent berpandangan sesama mereka kebingunan. Saat ini Jonathan Kent meluru masuk ke ruang tamu..

"Abah, sepender abah dah abis ke?" Soalan ketiga yang tak relevan pulak terpacul keluar.

Jonathan Kent muka merah. Aku kepala pening bagai nak pecah. Aku tutup mata ku rapat-rapat.

"Senah, kita sambung esok jek ye. Aku rasa tak sehat sangat ni" kata aku pada senah.

Muka senah masih merah dan di penuhi seribu pertanyaan. Dalam keadaan tersentak senah memberi salam dan berlalu pulang. Jonathan Kent dan Martha Kent mendekati aku.

"Kenapa ni nak?" tanya Martha Kent.

"Saya boleh nampak semua mak. saya boleh lihat menembusi semua objek" jawap aku.

"Macam mana boleh berlaku nak?" Tanya Jonathan Kent pulak

"Entah lah bah. tetiba saya rasa pening dan terus menda tu berlaku"

"Kau kena belajar kontrol power kau. Entah apa lagik kuasa kau ye?"

Martha Kent hulurkan aku ektipfive dua bijik. aku telan minum air.

"Awak, sepender awak ada dalam bakul kat dalam bilik, saya belum sempat lipat lagi" Kata Martha Kent kepada Jonathan Kent.

"Kau kelark, jangan salah guna lak kuasa x-ray kau tu. Mak cucuk kang mata kau ngan garpu"

Aku cuma menganggukkan aje kepala tanda setuju. Dalam hati aku amat teruja untuk menyalahgunakan kuasa x-ray aku ni. Aku tersenyum sendirian memikirkan bahawa aku tak perlu lagi mendownload video 3gp melayu di internet.

Friday, January 16, 2009

Hari Sabtu bersama Jonathan Kent

Aku bangun pagi macam biasa hujung minggu pukul 8.

"kelark...!" Jonathan Kent menjerit pekik nama aku "Kelark... bangun la wei ikut aku pi kedai ah goon belik kayu."

"Jap bah... kelark nak mandi dulu" teriak aku

Setengah jam kemudian baru aku siap untuk gerak. Aku dan Jonathan Kent naik Pick up trak warna merah menuju ke kedai kayu ah goon yang terletak di tengah pekan semallville.

"Kau tunggu sini dulu kelark" kata Jonathan Kent setelah selesai mem-parking-kan kereta.

"Abah nak belik pintu yang siap jek senang cerita" sambung Jonathan Kent sambil menunjukkan sebuah pintu yang siap berukir yang sedang di pamerkan di luar kedai Ah Goon.

"Pintu yang siap ukiran untuk pintu jamban?" tanya aku

"eh.. salah ke? ada ke dalam mana-mana kitab agama yang melarang guna pintu berukir dari di buat pintu jamban?" Jonathan Kent tanya kembali pada aku. Soalan di jawap dengan soalan.. hmmm.. macam biasa aje aku baca soalan di jawap dengan soalan seperti yang selalu aku baca dalam forum politik MyKMU dan TKO.

"Tak salah lah tapi macam tak kena jek" aku menyuarakan pendapat aku.

Jonathan Kent turun dari kereta sambil bertanya kepada aku..

"warna coklat cair atau coklat pekat yang sesuai? tanya Jonathan Kent kepada aku

"Ikut suka abah lah." aku jawap.

Jonathan Kent terus menuju ke kedai Ah Goon. Sedang aku leka memerhati pemanadangan sekeliling pekan semallville, satu suara halus menyergah aku..

"Hai kelark"

aku toleh ke kanan. Lana rupanya.

"Hai Lana. buat apa kat sini?" aku bertanya

"Aku tengah dating ngan abon kat cafe depan tu. Aku nampak trak merah ni dan tak syak lagi memang kau" Lana berkata "Okay lah aku blah dulu, saje jek nak tegur kau. Bye kelark."

Aku memerhatikan Lana berlalu pergi. Gadis secantik itu boleh pulak sangkut kat Abon yang sengal tu. Heran aku dunia ni. Kenapa Lana tetiba nak tegur? Dia sudah mula terpikat ke dengan kehenseman aku ni.? sape boleh jawap?

"Kelark. Tolong aku angkat pintu ni. Berat nak mampus lak tu" Suara Jonathan Kent memang kacau daun betul bila lamunan aku terhadap Lana baru saje nak start. cess.

"Okay" aku terus turun dan dan angkat pintu baru jamban aku untuk di letakkan di belakang pickup trak. Ringan sungguh pintu ni.

"wo wo Kelark. Kau tak leh nunjuk power kau kat public lah nak." terus Jonathan Kent menegur aku. Dia selalu aje kurang senang bila aku test power aku di tempat awam.

"Kenapa bah? aku tanya.

"Kau pun tau Aku dan Martha sejak kahwin tak mampu dapat anak. Nanti apa pulak orang kata bila mereka tau aku ada anak yang gagah"

"Bukan satu semallville ni dah tau ke saya ni anak angkat kepada Jonathan dan Martha Kent?"

"Tak semua orang tau nak... tak semua orang" Jawap Jonathan Kent.

Kami berdua terus naik pick up trak di bahagian belakang.

"err.. kelark... apa jadah kita berdua pi dok belakang ni. sape nak drive pick up trak ni?"

Aku terus tersenyum. "Oh lupa lak" terus aku turun dan masuk ke bahagian pemandu. Jonathan Kent dok belakang jaga pintu; takut tercicir pulak nanti.

"Kelark.. singgah kedai Pak Bakar nanti ye. Abah nak beli kacang hijo ngan gula merah ngan santan; nak suruh mak kau buat bubur kacang petang nanti" teriak Jonathan Kent dari belakang.

Bubur kacang hasil air tangan Martha Kent memang sedap. Aku terus tekan pedal minyak dan beredar pulang. Sepanjang perjalanan aku berfikir... siapakah bapak kandung aku dan kenapa dia buang aku ke planet bumi ni. Soalan itu selalu aje berlegar di fikiran aku sejak akhir-akhir ni.

The subculture of my dreams
is waiting for me to fall asleep
I know you're scared, you should be
I know you're scared..

Lagu dari band Live berkumandang di radio sepanjang perjalanan. Naluri ingin mengetahui bapak kandung aku semakin menderu sejak beberapa bulan lepas. Aku perlu tahu asal usul aku.

"Pilihanraya kecik Kuala terengganu Hari ni berjalan lancar......" tetiba suara pemberita di radio memintas lamunan aku. Aku jeling belakang melalui cermin dan aku lihat Jonathan Kent sedang merokok. Aku tetap anggap Jonathan Kent sebagai bapak kandung aku walaupun hakikatnya dia cuma bapak angkat aku. Dia lah yang mengajar aku erti kesabaran.. jangan riak dan takbur.

"Hero selalu berdarah dan patah hati dulu sebelum menang. Tak caya cuba kau tengok Koleksi filem Hindustan mak kau"

Aku ingat lagi kata-kata Jonathan aku pada hari pertama power di dalam mula muncul. Memang Martha Kent peminat tegar bollywood. Setengah jam perjalanan dari Kedai kayu kayan Ah Goon, kini baru sampai ke kedai Pak Bakar. Jonathan Kent mahu beli barang untuk Martha Kent buat bubur kacang. Tak lama sangat berhenti di kedai Pak Bakar selepas selesai semua urusan, aku terus pandu pulang.

Martha Kent sudah sedia menanti di laman rumah dengan senyuman.

"Martha... petang nanti masak bubur kacang." Jonathan Kent berkata sambil mengangkat tangan menunjukkan bahan-bahan masakan kepada Martha Kent.

Aku terus angkat pintu bawak masuk rumah. Martha Kent cuma tersenyum aje melihat pintu ukiran yang bakal menjadi pintu jamban.


Nanti aku cerita lagi.

Kenyang dan ngantok

Tadi makan malam martha kent masak ikan kembong sambal ngan sayor masak campur ngan udang; sedap. Aku suka masakan dari selatan semallville yang pedas. Aku suka pedas. Tadi selepas makan malam, secara tetiba perut aku memulas dan menyebab aku punya rasa mau berak semakin meluap - luap. Aku bergegas lari ke jamban... masuk terus ku teran...

tetiba...

zaasss zassss zassss

titisan api memancut dari mata aku. Api mula memakan pintu jamban; cepat-cepat aku cebok mensucikan diri.

"mak.. mak.. api mak" aku menjerit

Aku tak tau kenapa aku panggil martha kent bila mana sepatutnya aku panggil bomba. Martha Kent kaget melihat api mula marak di pintu jamban.

"Abah kau... panggil abah kau.." jerit Martha Kent

Sekali lagi aku tak tau kenapa perlu panggil Jonathan Kent bilamana sepatutnya yang dipanggil ialah bomba.

"abah.. api ni dah marak .. abah!!" aku jerit macho

Jonathan Kent berlari masuk rumah; dari maghrib tadi dia dok borak ngan pak seman di laman rumah.

"Kelark.. telepon bomba cepat" jerit Jonathan Kent.

"Watpe telepon bomba" sampok Pak Seman.

Nak aje aku jetat Pak Seman sebab pintu jamban rumah Jonathan Kent hampir musnah dijilat api tapi dia halang pulak aku dari menelepon bomba.

"Kecik je terbakarnye. tu pemadam api tu dah boleh settle lah kalau setakat terbakar kecik camtu." kata Pak Seman sambil menjuihkan bibirnye ke arah pemadam api yang terletak di bawah sinki dapur

Terus Jonathan Kent mengambil pemadam api dan memadamkan. Memang benar kata Pak Seman, pemadam api tu je dah boleh settlekan kebakaran pintu jamban Jonathan Kent.

"Kau balik dulu ye seman, aku nak bersihkan jamban yang hampir hangus ni" kata Jonathan Kent pada Pak Seman yang masih tertanya-tanya apakah puncanya.

Setelah Pak Seman berlalu pergi, aku ceritakan semuanya pada Martha dan Jonathan Kent.

"Lain kali jangan teran kuat sangat. Tak mampu abah nak ganti pintu jamban kalau setiap kalu kau berak mesti pintu terbakar." kata Jonathan Kent.

Aku mengangguk kepala dan terus meninggalkan Jonatahan Kent di ruang tamu; kepenatan setelah membersihkan Jamban dari kesan kebakaran tadi. Aku terus masuk bilik aku dan menaip entri ini; sambil memerhatikan langit gelap malam yang anginnya bertiup kencang.

Aku ngantok, jap lagi nak tido. Esok kena tolong Jonathan Kent carik kayu untuk buat pintu jamban yang baru.


nanti aku cerita lagik