Saturday, January 17, 2009

Retina dan langit

Telepon berbunyi...

apo kono eh jang,
ko monong ajo,
orang ke bulan,
ekau di mano,
muko berpoluh,
apokah rosah,
carian ubek,
penawar duko..

aku memang setkan lagu ally noor & mastura - Apo kono eh jang, sebagai ringtone henpon aku.

"Kelark, aku nak interbiu kau untuk sisipan akhbar sekolah kita" suara senah menerjah gegendang telinga

"untuk apa?"

"Untuk ruang Pelajar Paling Kacak."

"Sejak bila ada ruang tu?"

"Sejak aku takde idea untuk berita panas dan sensasi lah kelark. Petang nanti aku datang rumah. Get ready tau kelark"

Selepas ayat tu terus senah letak telepon. Aku menghabiskan sarapan aku yang merupakan kuih seri muka hasil air tangan Martha Kent. Aku tersenyum sendirian...

"Tak sesia aku makan kuih seri muka ni setiap hari sejak aku kecik. Terima kasih Mak." kata ku dalam hati

Deruman enjin pick up trak memasuki laman merencat terus lamunan aku. Jonathan Kent dan Martha Kent baru kembali dari pasar basah semallville. Aku memerhatikan dari dapur kelibat pasangan suami isteri yang telah menjaga aku sejak sekian lama. Mereka begitu bahagia mungkin takde memey yang cuba menggoda Jonathan Kent.

"Mak, petang nanti senah nak datang. kita orang ada projek sikit nak buat" Aku terus berkata sebaik saja Martha Kent berada di depan aku.

"Projek apa?"

"Senah nak interbiu saya lah mak untuk ruang akhbar sekolah tajuknya Pelajar Paling Kacak di sekolah"

Martha Kent hanya tersenyum "Kau kacak ke kelark?" terus dia bertanya

"Senah cakap saya kacak so saya terimalah seadanya" jawap aku

Martha Kent hanya tersenyum lagi sambil menyusun barangan yang dibeli ke dalam esbok.

"Hari ni mak masak ikan tongkol masak kicap ngan sambal telur puyuh. Pi tolong abah kau kat luar tu samak tayar pick up trak."

"Kenapa nak samak tayar lak mak?" aku bertanya

"Tadi dalam on the way nak balik abah kau pi langgar babi yang terlepas kat kandang babi serba moden Wong pek lau. Namanya jek moden tapi terlepas jugak babi dia"

Aku terus ke laman untuk membantu Jonathan Kent menyamak tayar pick up trak dia... bukan satu atau dua tapi ke semua tayar pick up trak termasuk tayar spare.

Aku masih berdebar menunggu kedatangan senah petang nanti untuk interbiu Pelajar Paling Kacak.

1 comment:

  1. Apo kono eh jang:
    teringat saat2 manis aku dan teman baikku ketika black out dikedai mamak. dia pasang lagu ni. kami ketawa terbahak2. now, kami bawa haluan masing2.

    kuih seri muka:
    oh. baru beberapa hari yg lalu, aku teringin nak makan kuih. nyata kau memang laju dari aku. hehe

    "Kau kacak ke kelark?":
    aku pun nak tanya menda yang sama. atau sekolah senah mmg tak ada yg kacak langsung. ;p

    babi:
    LMAO!! aku ada seorang teman yang selalu sebut babi. tiap kali dia terkejut.comel sungguh bila dia malu2. Teringat masa dia tgh date. tiba2 ada kereta hon. depan lelaki pujaannya, dia jerit "BABI"!!! itu kali terakhir dia jumpa lelaki tu.

    ReplyDelete