Saturday, January 17, 2009

Retina dan langit

Telepon berbunyi...

apo kono eh jang,
ko monong ajo,
orang ke bulan,
ekau di mano,
muko berpoluh,
apokah rosah,
carian ubek,
penawar duko..

aku memang setkan lagu ally noor & mastura - Apo kono eh jang, sebagai ringtone henpon aku.

"Kelark, aku nak interbiu kau untuk sisipan akhbar sekolah kita" suara senah menerjah gegendang telinga

"untuk apa?"

"Untuk ruang Pelajar Paling Kacak."

"Sejak bila ada ruang tu?"

"Sejak aku takde idea untuk berita panas dan sensasi lah kelark. Petang nanti aku datang rumah. Get ready tau kelark"

Selepas ayat tu terus senah letak telepon. Aku menghabiskan sarapan aku yang merupakan kuih seri muka hasil air tangan Martha Kent. Aku tersenyum sendirian...

"Tak sesia aku makan kuih seri muka ni setiap hari sejak aku kecik. Terima kasih Mak." kata ku dalam hati

Deruman enjin pick up trak memasuki laman merencat terus lamunan aku. Jonathan Kent dan Martha Kent baru kembali dari pasar basah semallville. Aku memerhatikan dari dapur kelibat pasangan suami isteri yang telah menjaga aku sejak sekian lama. Mereka begitu bahagia mungkin takde memey yang cuba menggoda Jonathan Kent.

"Mak, petang nanti senah nak datang. kita orang ada projek sikit nak buat" Aku terus berkata sebaik saja Martha Kent berada di depan aku.

"Projek apa?"

"Senah nak interbiu saya lah mak untuk ruang akhbar sekolah tajuknya Pelajar Paling Kacak di sekolah"

Martha Kent hanya tersenyum "Kau kacak ke kelark?" terus dia bertanya

"Senah cakap saya kacak so saya terimalah seadanya" jawap aku

Martha Kent hanya tersenyum lagi sambil menyusun barangan yang dibeli ke dalam esbok.

"Hari ni mak masak ikan tongkol masak kicap ngan sambal telur puyuh. Pi tolong abah kau kat luar tu samak tayar pick up trak."

"Kenapa nak samak tayar lak mak?" aku bertanya

"Tadi dalam on the way nak balik abah kau pi langgar babi yang terlepas kat kandang babi serba moden Wong pek lau. Namanya jek moden tapi terlepas jugak babi dia"

Aku terus ke laman untuk membantu Jonathan Kent menyamak tayar pick up trak dia... bukan satu atau dua tapi ke semua tayar pick up trak termasuk tayar spare.

Aku masih berdebar menunggu kedatangan senah petang nanti untuk interbiu Pelajar Paling Kacak.

Andai aku berada di sana

PAS menang di PRK (pilihanraya kecik) di Kuala Terengganu. Tadi Jonathan Kent penyokong tegar PAS bertempik sorak bila keputusan diumumkan. Martha Kent pulak penyokong tegar UMNO hanya mampu mengucapkan syabas kepada Jonathan Kent. Aku respek cara Jonathan dan Martha Kent membicarakan isu - isu politik sesama mereka. Perbezaan itu ada tapi tak ler sampai Jonathan Kent sanggup menceraikan Martha Kent atau pun Martha Kent sanggup mengerat "Jonathan Kent junior" di ranjang.

Sekali lagi paparan imej dan video keadaan di Palestine aku tonton di youtube. Sedih sangat melihat manusia kini kembali ke zaman primitif. Aku akan mintak duit dari Jonathan Kent supaya aku dapat menyalurkan sumbangan duit ke tabung Fund For Gaza NSTP di akaun Maybank 514105-320501.

Sekali lagi aku dibelengu persoalan, kenapa aku dicampak ke planet bumi ini. Darah amat mudah mengalir di bumi ini. Di timur tengah darah rakyat palestine menjadi mandian para yahudi.

Mungkin satu hari nanti aku akan dapat membantu mereka secara fizikal di sana. Aku perlukan kekuatan mental bukan aje fizikal untuk bertempur dengan para yahudi itu. Sialan.. cuma makian aje yang ada dari aku untuk semua yahudi di luar sana.. Haramjadah kau wahai Yahudi!

Perut aku masih dipenuhi bubur kacang Martha Kent dan aku sudah mengantuk mau tido. Aku perlukan seorang wanita untuk mendodoikan aku setiap malam. Wanita seksi yang mampu menidurkan aku dan membangunkan "Kelark Kent Junior". Aduhai... aku sudah mula berfantasi... semoga bangun nanti aku tak kebasahan lagi.

amin

Friday, January 16, 2009

Hari Sabtu bersama Jonathan Kent

Aku bangun pagi macam biasa hujung minggu pukul 8.

"kelark...!" Jonathan Kent menjerit pekik nama aku "Kelark... bangun la wei ikut aku pi kedai ah goon belik kayu."

"Jap bah... kelark nak mandi dulu" teriak aku

Setengah jam kemudian baru aku siap untuk gerak. Aku dan Jonathan Kent naik Pick up trak warna merah menuju ke kedai kayu ah goon yang terletak di tengah pekan semallville.

"Kau tunggu sini dulu kelark" kata Jonathan Kent setelah selesai mem-parking-kan kereta.

"Abah nak belik pintu yang siap jek senang cerita" sambung Jonathan Kent sambil menunjukkan sebuah pintu yang siap berukir yang sedang di pamerkan di luar kedai Ah Goon.

"Pintu yang siap ukiran untuk pintu jamban?" tanya aku

"eh.. salah ke? ada ke dalam mana-mana kitab agama yang melarang guna pintu berukir dari di buat pintu jamban?" Jonathan Kent tanya kembali pada aku. Soalan di jawap dengan soalan.. hmmm.. macam biasa aje aku baca soalan di jawap dengan soalan seperti yang selalu aku baca dalam forum politik MyKMU dan TKO.

"Tak salah lah tapi macam tak kena jek" aku menyuarakan pendapat aku.

Jonathan Kent turun dari kereta sambil bertanya kepada aku..

"warna coklat cair atau coklat pekat yang sesuai? tanya Jonathan Kent kepada aku

"Ikut suka abah lah." aku jawap.

Jonathan Kent terus menuju ke kedai Ah Goon. Sedang aku leka memerhati pemanadangan sekeliling pekan semallville, satu suara halus menyergah aku..

"Hai kelark"

aku toleh ke kanan. Lana rupanya.

"Hai Lana. buat apa kat sini?" aku bertanya

"Aku tengah dating ngan abon kat cafe depan tu. Aku nampak trak merah ni dan tak syak lagi memang kau" Lana berkata "Okay lah aku blah dulu, saje jek nak tegur kau. Bye kelark."

Aku memerhatikan Lana berlalu pergi. Gadis secantik itu boleh pulak sangkut kat Abon yang sengal tu. Heran aku dunia ni. Kenapa Lana tetiba nak tegur? Dia sudah mula terpikat ke dengan kehenseman aku ni.? sape boleh jawap?

"Kelark. Tolong aku angkat pintu ni. Berat nak mampus lak tu" Suara Jonathan Kent memang kacau daun betul bila lamunan aku terhadap Lana baru saje nak start. cess.

"Okay" aku terus turun dan dan angkat pintu baru jamban aku untuk di letakkan di belakang pickup trak. Ringan sungguh pintu ni.

"wo wo Kelark. Kau tak leh nunjuk power kau kat public lah nak." terus Jonathan Kent menegur aku. Dia selalu aje kurang senang bila aku test power aku di tempat awam.

"Kenapa bah? aku tanya.

"Kau pun tau Aku dan Martha sejak kahwin tak mampu dapat anak. Nanti apa pulak orang kata bila mereka tau aku ada anak yang gagah"

"Bukan satu semallville ni dah tau ke saya ni anak angkat kepada Jonathan dan Martha Kent?"

"Tak semua orang tau nak... tak semua orang" Jawap Jonathan Kent.

Kami berdua terus naik pick up trak di bahagian belakang.

"err.. kelark... apa jadah kita berdua pi dok belakang ni. sape nak drive pick up trak ni?"

Aku terus tersenyum. "Oh lupa lak" terus aku turun dan masuk ke bahagian pemandu. Jonathan Kent dok belakang jaga pintu; takut tercicir pulak nanti.

"Kelark.. singgah kedai Pak Bakar nanti ye. Abah nak beli kacang hijo ngan gula merah ngan santan; nak suruh mak kau buat bubur kacang petang nanti" teriak Jonathan Kent dari belakang.

Bubur kacang hasil air tangan Martha Kent memang sedap. Aku terus tekan pedal minyak dan beredar pulang. Sepanjang perjalanan aku berfikir... siapakah bapak kandung aku dan kenapa dia buang aku ke planet bumi ni. Soalan itu selalu aje berlegar di fikiran aku sejak akhir-akhir ni.

The subculture of my dreams
is waiting for me to fall asleep
I know you're scared, you should be
I know you're scared..

Lagu dari band Live berkumandang di radio sepanjang perjalanan. Naluri ingin mengetahui bapak kandung aku semakin menderu sejak beberapa bulan lepas. Aku perlu tahu asal usul aku.

"Pilihanraya kecik Kuala terengganu Hari ni berjalan lancar......" tetiba suara pemberita di radio memintas lamunan aku. Aku jeling belakang melalui cermin dan aku lihat Jonathan Kent sedang merokok. Aku tetap anggap Jonathan Kent sebagai bapak kandung aku walaupun hakikatnya dia cuma bapak angkat aku. Dia lah yang mengajar aku erti kesabaran.. jangan riak dan takbur.

"Hero selalu berdarah dan patah hati dulu sebelum menang. Tak caya cuba kau tengok Koleksi filem Hindustan mak kau"

Aku ingat lagi kata-kata Jonathan aku pada hari pertama power di dalam mula muncul. Memang Martha Kent peminat tegar bollywood. Setengah jam perjalanan dari Kedai kayu kayan Ah Goon, kini baru sampai ke kedai Pak Bakar. Jonathan Kent mahu beli barang untuk Martha Kent buat bubur kacang. Tak lama sangat berhenti di kedai Pak Bakar selepas selesai semua urusan, aku terus pandu pulang.

Martha Kent sudah sedia menanti di laman rumah dengan senyuman.

"Martha... petang nanti masak bubur kacang." Jonathan Kent berkata sambil mengangkat tangan menunjukkan bahan-bahan masakan kepada Martha Kent.

Aku terus angkat pintu bawak masuk rumah. Martha Kent cuma tersenyum aje melihat pintu ukiran yang bakal menjadi pintu jamban.


Nanti aku cerita lagi.

Kenyang dan ngantok

Tadi makan malam martha kent masak ikan kembong sambal ngan sayor masak campur ngan udang; sedap. Aku suka masakan dari selatan semallville yang pedas. Aku suka pedas. Tadi selepas makan malam, secara tetiba perut aku memulas dan menyebab aku punya rasa mau berak semakin meluap - luap. Aku bergegas lari ke jamban... masuk terus ku teran...

tetiba...

zaasss zassss zassss

titisan api memancut dari mata aku. Api mula memakan pintu jamban; cepat-cepat aku cebok mensucikan diri.

"mak.. mak.. api mak" aku menjerit

Aku tak tau kenapa aku panggil martha kent bila mana sepatutnya aku panggil bomba. Martha Kent kaget melihat api mula marak di pintu jamban.

"Abah kau... panggil abah kau.." jerit Martha Kent

Sekali lagi aku tak tau kenapa perlu panggil Jonathan Kent bilamana sepatutnya yang dipanggil ialah bomba.

"abah.. api ni dah marak .. abah!!" aku jerit macho

Jonathan Kent berlari masuk rumah; dari maghrib tadi dia dok borak ngan pak seman di laman rumah.

"Kelark.. telepon bomba cepat" jerit Jonathan Kent.

"Watpe telepon bomba" sampok Pak Seman.

Nak aje aku jetat Pak Seman sebab pintu jamban rumah Jonathan Kent hampir musnah dijilat api tapi dia halang pulak aku dari menelepon bomba.

"Kecik je terbakarnye. tu pemadam api tu dah boleh settle lah kalau setakat terbakar kecik camtu." kata Pak Seman sambil menjuihkan bibirnye ke arah pemadam api yang terletak di bawah sinki dapur

Terus Jonathan Kent mengambil pemadam api dan memadamkan. Memang benar kata Pak Seman, pemadam api tu je dah boleh settlekan kebakaran pintu jamban Jonathan Kent.

"Kau balik dulu ye seman, aku nak bersihkan jamban yang hampir hangus ni" kata Jonathan Kent pada Pak Seman yang masih tertanya-tanya apakah puncanya.

Setelah Pak Seman berlalu pergi, aku ceritakan semuanya pada Martha dan Jonathan Kent.

"Lain kali jangan teran kuat sangat. Tak mampu abah nak ganti pintu jamban kalau setiap kalu kau berak mesti pintu terbakar." kata Jonathan Kent.

Aku mengangguk kepala dan terus meninggalkan Jonatahan Kent di ruang tamu; kepenatan setelah membersihkan Jamban dari kesan kebakaran tadi. Aku terus masuk bilik aku dan menaip entri ini; sambil memerhatikan langit gelap malam yang anginnya bertiup kencang.

Aku ngantok, jap lagi nak tido. Esok kena tolong Jonathan Kent carik kayu untuk buat pintu jamban yang baru.


nanti aku cerita lagik